Tips & Cara Mendidik Anak Mengerjakan Solat
- Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti.
- Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.
- Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal.
- Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu’. Begitu juga lafaz niat.
- Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.
- Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.
- Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku’, sujud dan lain-lain.
- Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta, minta anak baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.
- Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang.
- Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan masa di rumah.
- Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Bermacam ragam mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah menghadapinya.
- Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.
- Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan, belajar, buat kerja rumah dan solat.
- Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi nasihat anak agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dia lakukan.
- 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.
- Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana. Semasa dalam perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.
- Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. “Practice Makes Perfect”.
- Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat, tapi kita seronok dan leka menonton TV atau melayari Internet.
From: http://alamonline.net/blog/18-tips-cara-mendidik-anak-mengerjakan-solat/
++ Bersabar kalau terpaksa berulang2 mengingati mereka untuk solat. They are still kids. Insyaallah proses didikan ini berkesan bila ada consistency
Comments
Post a Comment